fbpx
Gambar terbaharu Satong yang dikongsikan di laman sosial. - Khaosod

Terselamat dalam runtuhan bangunan, ‘oyen’ popular sekelip mata

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANGKOK – Seekor kucing berwarna oren menjadi sensasi internet selepas terselamat dalam insiden runtuhan sebuah bangunan di Bangkok, lapor laman berita Thaiger semalam.

Kucing betina dinamakan Satong itu ditarik keluar dari runtuhan bangunan Pejabat Ketua Auditor selepas ia runtuh pada 28 Mac lalu.

Kucing itu langsung tidak cedera, menyebabkan ia menjadi kesayangan ramai pengguna media sosial di Thailand.

Satong telah diselamatkan oleh pasukan yang diketuai oleh pakar veterinar, Dr. Wipawadee Pathomraphipong.

“Saya tahu ia merupakan pejuang. Kami menamakannya Satong. Ia sesuai dengan semangatnya yang lembut dan hati yang tabah,” kata Wipawadee.

Kucing itu kini dipelihara oleh seorang eksekutif hospital bernama Chakrit dan dikenali sebagai Miss Satong dalam kalangan peminat media sosialnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN