fbpx
Askar Kemboja dan askar Thailand berkawal di Khmer, sempadan Kemboja-Thai pada 26 Mac lalu. - AFP

Tentera Thai, Kemboja bertempur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PHNOM PENH – Tentera Kemboja dan Thailand berbalas tembakan dalam pusingan pertempuran terbaru hari ini, beberapa jam selepas kedua-dua pihak menurunkan taraf hubungan diplomatik dalam pertikaian yang semakin memuncak mengenai kawasan sempadan.

Dua negara berjiran itu terlibat dalam perbalahan mengenai kawasan dikenali sebagai Segi Tiga Zamrud, di mana sempadan Kemboja, Thailand dan Laos bertemu. Kawasan itu juga menempatkan beberapa kuil purba.

Pertikaian antara Bangkok dan Phnom Penh berlarutan selama beberapa dekad dan  meletus menjadi pertempuran berdarah lebih 15 tahun lalu dan sekali lagi pada Mei lepas  apabila seorang askar Kemboja terbunuh dalam pertempuran.

Sumber kerajaan Kemboja memberitahu AFP bahawa keganasan berlaku lagi pagi tadi berhampiran dua kuil di sempadan antara wilayah Surin di Thailand dan Oddar Meanchey, Kemboja.

“Tentera Thailand melanggar integriti wilayah Kemboja dengan melancarkan serangan bersenjata ke atas pasukan tentera  Kemboja yang ditempatkan untuk mempertahankan wilayah berdaulat negara.

“Sebagai tindak balas, angkatan tentera Kemboja menggunakan hak sah mereka untuk mempertahankan diri sepenuhnya berlandaskan  undang-undang antarabangsa, untuk menghalau pencerobohan Thailand dan melindungi kedaulatan serta integriti wilayah Kemboja,”kata jurucakap kementerian pertahanan Maly Socheata dalam satu kenyataan.

Menurut tentera Thailand, insiden itu bermula sekitar jam 7.35 pagi (waktu tempatan) apabila sebuah unit yang mengawal kuil Ta Muen mendengar dron Kemboja di atas kepala mereka.

Kemudian, enam askar Kemboja bersenjata, termasuk seorang yang membawa bom tangan menghampiri pagar dawai berduri di hadapan pos Thailand, kata tentera.

Askar Thailand menjerit untuk memberi amaran kepada mereka, kata tentera, tetapi sekitar jam 8.20 pagi, pasukan Kemboja melepaskan tembakan ke arah timur kuil, kira-kira 200 meter dari pangkalan Thailand.

Pemangku Perdana Menteri Thailand Phumtham Wechayachai berkata: “Situasi ini memerlukan pengendalian yang teliti, dan kita mesti bertindak mengikut undang-undang antarabangsa”.

“Kita akan melakukan yang terbaik untuk melindungi kedaulatan kita,” katanya. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI