fbpx
Shila nekad menggunakan suaranya demi membela mangsa-mangsa buli yang masih terkunci dalam ketakutan.

‘Tak suka dibuli, kalau ada yang tak kena, saya akan bersuara’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Enggan sekadar memendam rasa, penyanyi Shila Amzah menentang sekeras-kerasnya budaya buli dan penderaan yang semakin menjadi barah dalam masyarakat hari ini.

Hampir tiga dekad bergelumang dalam dunia hiburan, Shila atau nama sebenarnya, Nurshahila Amir Amzah, 36, mengakui dirinya pernah melalui detik-detik hitam dibuli sehingga meninggalkan parut trauma mendalam.

“Saya sudah 25 tahun dalam industri. Kalau ada sesuatu yang rasa tidak kena, saya akan bersuara.

“Saya tak suka kena buli sebab saya sudah lama dibuli. Jadi, bila ada hal melibatkan buli, memang saya pantang.

“Dua perkara yang saya tak boleh terima ialah buli dan penderaan,” katanya kepada Kosmo! Online.

Dengan pengaruh besar sebagai figura popular, penyanyi Masih Aku Cinta itu nekad menggunakan suaranya demi membela mangsa-mangsa yang masih terkunci dalam ketakutan.

Baginya, golongan dibuli perlu dibela dan diberikan ruang untuk bersuara, bukan terus-menerus ‘dilenjan’ dalam diam.

“Kenapa saya terpanggil untuk bercakap tentang isu ini disebabkan kerjaya saya sebagai penyanyi yang boleh jadi ruang kesedaran dan tempat selamat untuk mangsa yang takut nak tampil ke depan.

“Saya mahu mereka yang hadapi nasib sama supaya berani menuntut keadilan, tidak kira sama ada buli mental, fizikal atau lisan. Buli tak patut pun wujud,” tegasnya.

Terdahulu, nama Shila menjadi sebutan hangat apabila mendakwa dirinya ‘diserang’ secara lisan oleh seorang penyanyi legenda ketika sesi latihan sebuah acara di Stadium Merdeka.

Rentetan insiden itu, Shila tampil membuat laporan polis dan perkara tersebut turut disahkan pihak berkuasa sebagai dalam siasatan.

Tidak lama selepas itu, dia mendedahkan penyanyi yang memarahinya secara terbuka itu ialah Amy Search. Malah, vokalis rock legenda berkenaan turut dipanggil polis untuk diambil keterangan bagi melengkapkan siasatan.

Difahamkan, pertelingkahan itu berpunca daripada rasa tidak puas hati terhadap Shila yang didakwa mencampuri urusan keluarga Amy. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI