SHAH ALAM – “Itu kamu kena tanya dia”.
Demikian kata Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Dr. Fuziah Salleh mengenai permohonan rasmi Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz untuk menyertai parti itu.
UMN
Jelas beliau, soal mengenai keahlian dalam PKR adalah rahsia dan perlu menghormati Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri berkenaan.
“Awak (pemberita) sudah tanya dia dah? Kena tanya dia dulu lah. Sebab keahlian ini adalah ‘confidential’ (kerahsiaan). Kena hormati beliau,” katanya ketika ditemui pada majlis penutupan TikTok Shop Summit dan perasmian Kempen Beli Barangan di sini, lewat petang tadi.
Kosmo! sebelum ini melaporkan, PKR belum menerima permohonan rasmi daripada Tengku Zafrul untuk menyertai parti itu selepas mengumumkan keluar UMNO pada 30 Mei lalu.
Semua permohonan keanggotaan parti dilakukan melalui kaedah memohon secara dalam talian dan akan melalui proses biasa dan dibentangkan dalam Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR.
Tengku Zafrul yang juga bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO telah menghantar surat peletakan jawatan kepada pucuk pimpinan UMNO untuk menyertai PKR. – KOSMO! ONLINE