fbpx
Ella terkejut apabila ada pihak mengaitkan namanya dengan konflik yang melanda penyanyi Shila Amzah dan Datuk Amy Search.

Shila kawan baik, masa hari konsert kami berpelukan – Ella

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETAING JAYA – Ratu rock negara, Ella Aminuddin mengakui terkejut apabila ada pihak mengaitkan namanya dengan konflik yang melanda penyanyi Shila Amzah dan Datuk Amy Search.

Menurut Ella atau nama sebenarnya Nor Zila Aminuddin, 59, ketika kejadian Shila ‘diserang’ berlaku, dia tiada di tempat kejadian.

“Sewaktu kejadian itu berlaku, saya berada di Sunway Resort. Jadi bila netizen petik nama saya, sudah tentu saya terkejut.

“Tetapi saya kekal tenang sebab saya tahu bukan saya individu yang dimaksudkan Shila,” katanya ketika ditemui di majlis pelancaran Galeri Rockqueen, di sini semalam.

Tambah pelantun lagu Standing In The Eyes Of The World itu lagi, hubungannya dengan Shila sangat baik dan akrab.

“Saya dengan Shila berkawan baik. Ketika jumpa di hari konsert berlangsung pun kami saling berpelukan,” jelasnya.

Terdahulu, Shila Amzah membuat laporan polis selepas dia mendakwa ‘diserang’ oleh penyanyi legenda sewaktu sesi latihan konsert Ulang Tahun Ke-20 Mr D.I.Y.

Disebabkan tidak mendedahkan nama penyanyi tersebut, netizen mula meneka di antara Datuk Amy Search, Datuk Awie dan Ella Aminuddin.

Bagaimanapun, segalanya terjawab selepas Shila mengesahkan penyanyi legenda yang menyerangnya ialah bapa kepada Nabila Huda iaitu Datuk Amy Search.-  KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI