fbpx
SAKKARI

Sakkari kembali temui prestasi terbaik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

WASHINGTON – Bintang tenis Greece, Maria Sakkari memberi isyarat kebangkitan apabila mengejutkan pilihan kedua, Emma Navarro menerusi kemenangan straight set 7-5, 7-6 (7/1) dalam pusingan kedua Terbuka Mubadala Citi DC semalam.

Sakkari yang turun selaku pemain wildcard mempamerkan aksi bertenaga seperti kemuncak prestasinya pada 2022 dan 2023, sekali gus melangkah ke suku akhir kejohanan berstatus WTA 500 itu.

Kemenangan di Pusat Tenis William H. G. FitzGerald itu adalah kali ketiga daripada empat pertemuannya dengan Navarro yang kini menghuni ranking ke-11 dunia.

Biarpun Sakkari kini menduduki tangga ke-90 dunia, namun dia dilihat kembali pada tahap terbaiknya selepas bijak menguasai setiap penjuru gelanggang dengan baik.

“Saya rasa bertenaga di sini, ada sesuatu tentang Washington yang membuatkan saya selesa,” kata Sakkari yang turut mara ke final pada penampilan sulungnya dua tahun lalu menewaskan nama-nama besar seperti Leylah Fernandez, Madison Keys dan Jessica Pegula.

Dalam aksi penuh disiplin malam tadi, Sakkari memenangi 60 daripada 85 mata servis dan meledak tujuh ace.

Walaupun bergelut sepanjang musim ini termasuk tewas 11 daripada 13 aksi menentang pemain pilihan utama, persembahan di ibu negara Amerika Syarikat itu memberi sinar baharu kepada bekas pemain No. 6 dunia tersebut.

Di suku akhir, Sakkari bakal berdepan cabaran getir bertemu pemenang antara dua juara Grand Slam, Naomi Osaka dan Emma Raducanu yang berlangsung awal pagi esok.

Sakkari kini mengintai peluang untuk menyertai kelompok juara yang memenangi gelaran itu sebagai pemain wildcard selepas Nadia Petrova dan Paula Badosa pernah melakukannya masing-masing pada 2012 serta 2024. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN