fbpx
Anwar.

PM mohon maaf lewat tunai janji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Datuk Seri Anwar Ibrahim memohon maaf kepada rakyat Malaysia kerana kelewatan menunaikan janji beliau sebelum menjadi Perdana Menteri.

Permohonanan maaf itu disampaikan oleh Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah semasa taklimat harian Pejabat Perdana Menteri, hari ini.

“Perdana Menteri mengucapkan terima kasih kepada semua rakyat kerana memberikan sokongan dan dukungan serta tetap bersabar ketika usaha-usaha memperbaiki negara dijalankan.

“Walaupun segelintir pihak termasuk Ketua Pembangkang menghina, mencerca dan mengaibkan Perdana Menteri hampir setiap hari menggunakan media sosial untuk memperlekehkan segala usaha Kerajaan Madani, sedikit pun beliau tidak berganjak dan berkecil hati.

“Di kesempatan ini, saya ingin mengulangi permohonan maaf yang disampaikan oleh Perdana Menteri semalam kerana kelewatan menunaikan sesetengah janjinya sebelum menjadi Perdana Menteri,” katanya hari ini.

Tunku Nashrul berkata, pendedahan wartawan Bradley Hope dan Tom Wright bahawa Malaysia sebenarnya kerugian USD18 bilion akibat Skandal 1MDB baru-baru ini merupakan gambaran ‘kerosakan’ yang diwarisi Kerajaan Madani daripada pentadbiran terdahulu.

“Sejak hari pertama memimpin negara pada penghujung 2022, Perdana Menteri tidak pernah berhenti untuk memperbaiki keadaan kewangan negara demi untuk kesejahteraan rakyat.

“Akhirnya apabila keadaan kewangan negara beransur pulih, baru sedikit demi sedikit bantuan kepada rakyat diberikan untuk meringankan sedikit beban dalam ketidaktentuan ekonomi global ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN