MOSCOW – Pasukan penyiasat Russia menemui fiuslaj pesawat penumpang milik Angara Airlines yang tiba-tiba hilang daripada radar di timur Russia, kata kementerian kecemasan hari ini.
“Helikopter MI-8 yang dikendalikan oleh pihak berkuasa penerbangan awam Russia (Rosaviatsiya) mengesan fiuslaj pesawat yang terbakar,” katanya.
Pesawat jenis An-24 itu terputus komunikasi dengan pengawal trafik udara ketika menghampiri bandar Tynda dekat wilayah Amur.
Gabenor Wilayah Amur, Vasily Orlov berkata, pesawat tersebut membawa 43 penumpang termasuk lima kanak-kanak dan enam anak kapal.
“Semua agensi dan usaha menyelamat telah dikerahkan untuk mencari pesawat itu,” tulis Orlov di Telegram seperti laman berita CNN.
Kementerian kecemasan menganggarkan bilangan penumpang yang berada di dalam pesawat lebih rendah sekitar 40 orang. – AGENSI/AFP