fbpx
Tertuduh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Seremban hari ini atas pertuduhan meminta rasuah RM8,500 tiga tahun lalu. Foto oleh NOR AINNA HAMZAH

Penolong pegawai KPDN Selangor dituduh minta rasuah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Seorang Penolong Pegawai Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas pertuduhan meminta rasuah RM8,500 di daerah ini tiga tahun lalu.

Sahzul Hisam Samsuri, 51, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Darmafikri Abu Adam.

Tertuduh didakwa meminta wang RM8,500 daripada seorang lelaki berusia 53 tahun sebagai dorongan supaya tidak meneruskan siasatan bagi kes kesalahan membawa minyak masak terpakai tanpa lesen yang sah.

Perbuatan itu dilakukan menerusi panggilan telefon kepada lelaki tersebut pada 11 September 2022. Oleh itu, tertuduh melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Sabit kesalahan, Shahzul Hisam berdepan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi.

Timbalan Pendakwa Raya, Asmaa’ Zamri menawarkan jaminan RM8,000 berserta syarat tambahan iaitu perlu menyerahkan pasport dan melaporkan diri di Pejabat SPRM Selangor setiap bulan, selain tidak mengganggu saksi.

Bagaimanapun, Sahzul Hisam merayu jaminan yang rendah kerana digantung tugas dan tidak mempunyai pendapatan tetap selain mempunyai enam tanggungan.

“Sebelum ini saya dituduh di Mahkamah Shah Alam atas kes sama (rasuah) dengan jaminan RM9,000. Yang Arif mohon pertimbangan wang jaminan dikurangkan kerana secara jujurnya wang yang saya bawa pagi ini sebanyak RM3,000,” rayunya. Mahkamah menetapkan jaminan sebanyak RM4,000. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI