fbpx
Mangsa mengalami pendarahan yang banyak di kepala selepas terjatuh di Gunung Api, Mulu.

Pendaki warga emas jatuh 500 meter di Gunung Api

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MULU – Seorang lelaki warga emas cedera parah di kepala selepas terjatuh pada ketinggian 500 meter di Gunung Api di sini, hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, kejadian kira-kira pukul 12.45 tengah hari itu berlaku ketika mangsa yang berusia 75 tahun bersama-sama kumpulan pendaki serta diiringi pemandu pelancong sedang menuruni gunung berkenaan.

Katanya, pasukan MOCSAR dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Marudi telah dikerahkan ke lokasi setelah menerima laporan mengenai mangsa.

Beliau berkata, mangsa berjaya dibawa turun ke Kem 5 iaitu tempat penginapan untuk pendaki sebelum dan selepas melakukan pendakian di Gunung Api.

“Pasukan MOCSAR bergegas ke lokasi dan memberi bantuan awal untuk menghentikan pendarahan di kepala mangsa sebelum dihantar ke hospital,” katanya dalam kenyataan.

Beliau menambah mangsa telah dihantar ke Hospital Miri menggunakan pengangkutan udara daripada syarikat Layang-Layang Aerospace Miri Sdn. Bhd. bersama pasukan perubatan dari Hospital Miri. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN