fbpx
SEORANG lelaki dicari polis kerana dipercayai mencuri duit tabung di Masjid Kampung Contoh, Kahang, Kluang.

Pemuda curi duit tabung masjid RM20 diburu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KLUANG – Polis sedang memburu seorang lelaki selepas disyaki mencuri wang tabung berjumlah RM20 di Masjid Kampung Contoh, Batu 22 di sini setelah kelibatnya berjaya dirakam televisyen litar tertutup (CCTV) masjid berkenaan sebelum video kejadian tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, suspek dipercayai melakukan perbuatan itu antara pukul 2.30 hingga 3.00 pagi pada 13 Julai lalu.

Menurut beliau, kejadian disedari pengerusi masjid berkenaan selepas beliau meneliti rakaman CCTV sejurus selesai menunaikan solat subuh.

“Berdasarkan rakaman CCTV terdapat seorang lelaki tidak dikenali cuba mengambil wang dalam masjid menggunakan objek dan memasukkan ke dalam lubang tabung masjid.

“Terdapat tiga tabung berada di luar tempat solat dan siasatan awal mendapati tiada kesan pecah atau kopak pada tabung masjid,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 453 Kanun Keseksaan kerana menceroboh dengan niat untuk melakukan jenayah.

“Usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan dan pihak polis menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat tampil menyalurkannya bagi membantu siasatan,” katanya.

Sebelum itu tular video berdurasi satu minit 34 saat memaparkan seorang lelaki cuba mencuri wang di dalam tabung masjid. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI