fbpx
SEORANG pelayan sebuah pusat karaoke berdepan hukuman mati selepas didakwa di Mahkamah Majistret Johor Bahru hari ini atas empat pertuduhan termasuk mengedar dadah lebih 20 kg, 10 Julai lalu.

Pelayan karaoke edar dadah lebih 20kg

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Seorang pelayan sebuah pusat karaoke berdepan hukuman mati selepas didakwa di dua Mahkamah Majistret berbeza hari ini atas empat pertuduhan memiliki dan mengedar dadah seberat lebih 20 kilogram (kg), dua minggu lalu.

Tertuduh, Chung Vui Kit, 39, mengangguk faham selepas kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Atifah Hazimah Wahab dan Nabilah Nizam.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan kerana kesalahan tersebut merupakan bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Di hadapan Atifah Hazimah, dia didakwa mengedar dadah jenis Methylenedioxy-methamphetamine (MDMA) seberat 81 gram di tepi jalan Dato’ Abdullah Tahir, di sini pada pukul 1.55 petang, 10 Julai lalu.

Manakala di hadapan Nabilah, dia didakwa dengan tiga pertuduhan iaitu mengedar dadah jenis MDMA seberat 20,521 gram, memiliki dadah jenis ketamin seberat 151 gram dan memiliki dadah jenis Nitrazepam seberat 151 gram.

Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah kedai di Jalan Sutera 2, Taman Sutera di sini pada pukul 3.40 petang, 10 Julai lalu.

Kedua-dua mahkamah kemudian menetapkan tarikh 24 September untuk sebutan semula kes bagi bagi serahan laporan kimia.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nik Noratini Nik Azman dan Amirah Tasnim Saleh, manakala tertuduh diwakili peguam, Goh Sze Han dan Ahmad Yusry Ahmad Fuad. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI