fbpx
Nas Suffian ketika hadir di Mahkamah Sesyen, hari ini.

Pegawai Imigresen nafi ubah wang haram lebih RM700,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Seorang pegawai imigresen mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini atas pertuduhan pengubahan wang haram lebih RM700,000.

Tertuduh Nas Suffian Nasrun, 41, didakwa terlibat secara langsung dalam 64 pemindahan wang berjumlah RM718,710 secara dalam talian daripada akaun bank seorang lelaki ke akaun bank sebuah syarikat.

Semua transaksi itu dilakukan antara 26 Julai 2022 dan 9 Jun 2023 di sebuah bank di Pandan Indah di sini.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah wang itu atau RM5 juta, yang mana lebih tinggi.

Pada 22 Julai lalu, Nas Suffian didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas lima tuduhan melakukan pengubahan wang haram berjumlah RM933,295 pada 2022 dan 2024.

Pada prosiding hari ini, Timbalan Pendakwa Raya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Aznika Mohd. Anas mencadangkan jaminan sebanyak RM300,000 dengan seorang penjamin.

Aznika memohon mahkamah mengguna pakai syarat tambahan sama yang ditetapkan oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam. Beliau turut memohon supaya kes dipindahkan ke Shah Alam untuk dibicarakan bersama lima pertuduhan lain.

Bagaimanapun, peguam Muhammad Zaim Rosli merayu jaminan RM10,000 kerana anak guamnya berkhidmat selama 19 tahun sebagai penjawat awam, memiliki rekod perkhidmatan yang baik dan tidak pernah dikenakan tindakan disiplin.

“Anak guam saya berpendapatan RM5,000 sebulan dan perlu menanggung isteri serta lima anak berumur tujuh hingga 15 tahun. Dengan pendakwaan ini, beliau juga berisiko dikenakan tindakan tahan kerja,” katanya.

Hakim Rosli Ahmad membenarkan tertuduh diikat jamin RM100,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan seperti yang ditetapkan Mahkamah Shah Alam. Mahkamah turut membenarkan permohonan untuk memindahkan kes ke Shah Alam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN