fbpx
Saifuddin Nasution ketika meninjau operasi NSRC di Sasana Kijang hari ini.

NSRC beroperasi di Cyberjaya mulai September depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Pusat Respon Penipuan Kebangsaan (NSRC) yang ketika ini di tempatkan di Sasana Kijang akan berpindah ke premis sendiri di Cyberjaya mulai September ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, sempena pemindahan operasi itu juga, dua lagi agensi akan turut terlibat mengendalikan pusat panggilan tersebut iaitu Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dan Suruhanjaya Sekuriti (SC).

Beliau berkata, ketika ini NSRC dikendalikan sepenuhnya oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan kerjasama Bank Negara Malaysia (BNM) serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC).

“Menjelang minggu kedua atau kettiga September, premis NSRC yang sekarang di sini (Sasana Kijang) akan berpindah ke Cyberjaya iaitu premis sendiri.

“Keputusan ini (berpindah) juga akan disertai dengan penambahan perjawatan 139
dan pertambahan agensi juga. Sekarang ini empat (agensi urus NSRC), kita bersetuju juga untuk menerima penyertaan dua lagi agensi iaitu KPDN (SSM) dan Suruhanjaya Sekuriti,”katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang selepas mengadakan lawatan ke Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC) di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Saifuddin berkata, dengan penyertaan dua agensi baharu itu ia sekali gus akan mengukuhkan kedudukan serta fungsi NSRC dalam menguatkuasakan pelbagai akta.

Jelas beliau, premis baharu itu juga menyediakan ruang yang lebih luas, dilengkapi dengan peralatan terkini bagi memastikan suasana kerja yang lebih kondusif.

“Kita juga akan sediakan kaunter aduan bagi mereka yang datang secara fizikal. Sekarang ini aduan hanya melalui panggilan 997 dan di balai polis sahaja,”ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Saifuddin berkata, pihaknya juga akan membawa isu penipuan dalam talian itu semasa Mesyuarat Menteri-Menteri Keselamatan ASEAN pada September ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI