fbpx
Whulan meminta izin daripada pelakon Zahirah MacWilson sebelum menjalani penggambaran bersama aktor, Aiman Hakim Ridza untuk drama bersiri terbaharu, Bad Cop.

‘Minta izin isteri, memang cara saya berlakon dengan suami orang’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Enggan berlaku sebarang konflik, aktres Indonesia, Whulandry Herman meminta izin daripada pelakon Zahirah MacWilson sebelum menjalani penggambaran bersama aktor, Aiman Hakim Ridza untuk drama bersiri terbaharu, Bad Cop.

Menurutnya yang mesra disapa sebagai Whulan, perkara tersebut dilakukan sebelum menjayakan beberapa adegan mesra bersama Aiman untuk drama berkenaan.

“Apa yang paling sukar untuk lakukan untuk watak ini, sebenarnya saya ada beberapa babak dengan Aiman yang sangat rapat sehingga rasa malu dan segan dengannya.

“Sebab saya kenal Zahirah, saya minta izin dengan dia mesej di Instagram untuk berlakon bersama suaminya. Perkara itu bagi mewujudkan rasa selesa dengan setiap orang.

“Kemudian, kami dan anak-anak saling kenal serta berkawan. Akan jadi aneh jika kalau tidak maklumkan apa-apa.

“Misalnya ada babak yang memerlukan saya memegang tangan suami dia atau menatap penuh rasa cinta,” katanya kepada Kosmo! Online ketika ditemui di set penggambaran Bad Cop di sini, semalam.

Tambah Whulan, dia berasakan perkara tersebut atas dasar menghormati status Zahirah sebagai isteri kepada Aiman.

“Tidak tahulah saya perlu lakukannya atau tidak tetapi itu cara saya menghormati Zahirah dengan minta izin.

“Bila maklumkan pada Zahirah, dia memberi respons sangat baik dan minta saya lakukan perkara yang sepatutnya dalam lakonan serta berterima kasih kerana memberitahunya.

“Dia pun okey dan Aiman juga sudah maklumkan kepada dia,” ujarnya lagi.

Whulan menambah, perkara tersebut juga sudah menjadi satu kebiasaan buat dirinya sejak memulakan karier lakonan di Indonesia.

“Saya memang buat sejak aktif berlakon di Jakarta.

“Itu cara saya hormat dan beradab bila nak berlakon dengan aktif berstatus suami orang,” jelasnyq.

Selain Whulan dan Aiman, drama arahan Jason Chong tersebut turut dibintangi pelakon hebat lain seperti Siti Saleha, Tony Eusoff, Melissa Campbell, Harvinth Skin dan Razid Salimin. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN