fbpx
Anwar

Malaysia berani cakap isu Palestin kerana politik stabil, ekonomi kukuh – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Malaysia berani dan tegas dalam menyuarakan penderitaan dan kezaliman dialami rakyat Palestin disebabkan keadaan politik negara ini yang stabil serta ekonominya yang kukuh.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau malah dua hari lalu memberi pesanan khas kepada semua Perdana Menteri dan Presiden negara termasuk Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump supaya menyelesaikan masalah di Palestin.

“Saudara ingat saya boleh bercakap hari itu dengan tegas dan berani dan menyeru kepada Donald Trump kalau saya tidak yakin dengan kekuatan negara kita.

“Kerana politik kita stabil, kerana ekonomi kita kukuh kita boleh bercakap. Kalau negara kita separuh bankrup, tak berani kita bercakap. Kalau kita pecah belah asyik ‘perang’ dan terus dalam kalangan kaum, parti dan musuh… ini tidak boleh kerana saya tak mewakili sentimen itu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Perhimpunan Warga Kementerian Kewangan Bersama Perdana Menteri dan Menteri Kewangan di sini hari ini.

Terdahulu, Anwar berkata, beliau memberi pesanan khas kepada semua Perdana Menteri dan Presiden negara kerana berasa kesal dengan maklumat terbaru berkenaan nasib rakyat Palestin.

Menurutnya, beliau dimaklumkan terdapat kelompok rakyat Palestin terdiri daripada kira-kira 15,000 penduduk tidak mempunyai makanan dan minuman selama dua hari.

Kata beliau, golongan dewasa dalam kalangan penduduk Palestin terbabit mampu bertahan walaupun lemah dan letih, tetapi golongan bayi semuanya meninggal dunia.

“Saya beri pesanan khas merayu selesaikan-lah. Anak-anak mati setiap hari. Saya dapat maklumat terakhir itu yang betul-betul kesal dan saya kata saya mesti keluarkan kenyataan.

‘Itu (sebab) kita bicara soal nilai, adab, kemanusiaan. Benci dengan kezaliman. Benci dengan orang yang menyalahgunakan kuasa mereka apatah seperti Zionis Israel membunuh sewenang-wenangnya,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI