fbpx
MAGUIRE

Maguire tak sertai pramusim United di AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

STOCKHOLM – Tonggak pertahanan Manchester United, Harry Maguire tidak berada dalam senarai 32 pemain yang akan menyertai pasukan menghadapi kempen pramusim di Amerika Syarikat (AS).

Bagaimanapun, keputusan dibuat pengurus pasukan, Ruben Amorim tidak menggambarkan masa depannya kerana Maguire diberikan kebenaran disebabkan urusan peribadi yang perlu diselesaikan.

Menurut sumber kelab, tiada penjelasan lanjut dibuat mengenai keputusan pelepasan Maguire, namun menjangkakan bintang berusia 32 tahun itu akan kembali menyertai pasukan utama pada 3 Ogos nanti.

Sepanjang berada di bumi AS, The Reds Devils dijadualkan menentang West Ham United pada 27 Julai ini sebelum meneruskan pramusim bertemu Bournemouth (30 Julai) dan Everton (3 Ogos).

Namun, berdasarkan senarai yang dikeluarkan, Alejandro Garnacho, Antony, Jadon Sancho dan Tyrell Malacia sememangnya sudah tiada masa depan di United apabila tidak disenaraikan ke AS dan diarahkan berlatih di pusat latihan pasukan di Carrington.

Begitupun, penjaga gol, Andre Onana dan pertahanan, Lisandro Martinez turut terbabit dalam kunjungan pasukan ke AS walaupun kedua-duanya mengalami kecederaan selain masih dalam proses pemulihan.

Dua penyerang baharu United, Matheus Cunha dan Bryan Mbeumo pastinya menjadi pemain tumpuan pada pramusim di AS nanti. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI