fbpx
MA mendapatkan bantuan selepas tertekan akibat diganggu janda. - Lambe Turah

Lelaki bujang tertekan diganggu janda 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Seorang lelaki bujang di Pekalongan, wilayah Jawa Tengah terpaksa mendapatkan bantuan pihak berkuasa kerana tertekan diganggu oleh seorang janda dua anak, lapor portal berita Lambe Turah. 

Lelaki dikenali sebagai MA berkata, mereka berkenalan di media sosial dua bulan lalu sebelum bertemu untuk mengenal satu sama lain dengan lebih dekat. 

“Selama dua bulan, kami sering melakukan hubungan kerana saya sering diajak. 

“Namun, saya mula tawar hati selepas menemui mesej dia dengan lelaki lain. Selepas itu, saya mula menjauhkan diri,” kata MA. 

Situasi bertukar buruk apabila seorang lelaki yang mengaku bapa saudara kepada wanita  terbabit, datang ke rumah MA. 

“Dia mengaku dirinya anggota polis dan mengugut untuk memenjarakan saya jika saya tidak berkahwin dengan wanita itu,” tambah MA.
Seorang jurucakap agensi bantuan guaman masyarakat, LBH berkata, pihaknya akan membantu MA dalam permasalahan tersebut. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI