fbpx
Gambar hiasan.

Ketua jabatan antara ditahan buat tuntutan palsu RM45,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

IPOH – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perak menahan seorang ketua jabatan dan pegawai di bawah seliaannya kerana disyaki mengemukakan tuntutan palsu berjumlah RM45,000 berkaitan pelaksanaan program latihan jabatan.

Menurut sumber, wanita berusia lingkungan 40 tahun itu ditahan kelmarin pada pukul 6.30 petang sebelum penahanan suspek kedua iaitu lelaki berusia 30-an pada pukul 5 petang, semalam.

Difahamkan, kedua-duanya ditahan di Pejabat SPRM Perak selepas hadir bagi membantu siasatan yang sedang dijalankan.

Sementara itu, Pengarah SPRM Perak, Datuk Ahmad Sabri Mohamed, ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Katanya, siasatan ke atas kedua-dua penjawat awam itu dijalankan mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

“Semua pihak terutama ketua-ketua jabatan diingatkan untuk memperkukuhkan sistem dan prosedur kewangan di jabatan masing-masing bagi mengelakkan sebarang bentuk salah guna kuasa atau penyelewengan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI