fbpx
PASUKAN SAR bertungkus-lumus mencari Ija di Sungai Tui, Lenga, Bukit Kepong, Muar sebelum ini.

Kertas siasatan terhadap Ija, adik diserah kepada TPR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MUAR – Kertas siasatan terhadap pempengaruh permotoran, Tengku Nizaruddin Tengku Zainudin, 38, dan adiknya, Tengku Abd Aziz, 30, telah dilengkapkan dan diserahkan kepada Pejabat Pendakwa Raya semalam.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, pihaknya sedang menunggu arahan seterusnya untuk tindakan selanjutnya.

“Setakat ini kes masih disiasat mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan kerana memberikan maklumat palsu kepada penjawat awam serta Seksyen 109 kerana bersubahat melakukan kesalahan.

“Jika disabitkan, boleh dihukum penjara sehingga enam bulan atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali,” katanya ketika dihubungi pada hari ini.

Isnin lalu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah membuat satu laporan polis terhadap seorang pempengaruh permotoran dan adik lelakinya susulan tindakan membuat laporan palsu berhubung kejadian kehilangannya di Sungai Tui, Jalan Bukit Kepong.

Ketua Zon 4 JPBM Johor Penguasa Kanan Bomba II, Norshuhada Amsari berkata, laporan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar pada pukul 11.30 pagi Ahad lalu adalah atas nasihat Ketua Pengarah JBPM, Datuk Nor Hisham Mohammad.

Norshuhada berkata, laporan juga bertujuan agar orang awam mengambil iktibar dengan tidak sesekali membuat sesuatu perkara yang tidak berfaedah serta mengganggu tugas anggota penyelamat.

Beliau berkata, sepanjang operasi mencari dan menyelamat selama empat hari itu, lebih 30 pegawai dan anggota JBPM dari Muar, Labis dan Pagoh dikerah ke lokasi kejadian sebaik adik pempengaruh itu membuat laporan kehilangan abangnya.

Pada 15 Julai lalu, Kosmo! melaporkan peniaga dan pemilik sebuah kedai aksesori kenderaan hilang selepas kereta jenis Perodua Axia dipandunya terjunam ke dalam Sungai Tui.

Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Muar Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz pada dilaporkan berkata, hasil siasatan mendapati lelaki berusia 38 tahun itu dipercayai sengaja reka cerita kehilangannya sebelum bertindak melarikan diri ke negara jiran dan adiknya dipercayai bersubahat dengan memberikan keterangan tidak benar untuk kepentingan peribadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI