fbpx
Kejadian samun di Jalan Perintis Kemerdekaan, Pulogadung. - Berita Satu

Kereta disamun di lampu merah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Sebuah video tular di media sosial Indonesia memaparkan pemandu sebuah kenderaan menjadi mangsa samun ketika sedang berhenti di lampu merah, lapor laman berita Berita Satu.

Kejadian berlaku di Jalan Perintis Kemerdekaan, Pulogadung, Jakarta Timur.

Dalam video tersebut, seorang lelaki menuju ke arah cermin kenderaan pelbagai guna (MPV) sambil membawa senjata tajam.

Dia kemudian meminta diberikan wang sambil mengancam pemandu menggunakan senjata.

Tidak dijelaskan jenis senjata yang dibawa dan sama ada lelaki tersebut berjaya mendapat wang seperti diminta.

Namun, video itu mencetuskan kebimbangan dalam kalangan orang ramai terutamanya yang melalui jalan tersebut.

“Kami resah dan bimbang menjadi mangsa. Polis perlu menangkap suspek dengan segera,” kata seorang penduduk, Effendi. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN