fbpx
Kaka belum bersedia untuk berkongsi tentang status perkahwinannya kepada umum biarpun ada dakwaan mengatakan hubungannya dengan suami, Adam Azriff kembali dilanda badai.

‘Kalau dah sah status nanti, saya akan kongsi kepada semua’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Penyanyi Kaka Azraf belum bersedia untuk berkongsi tentang status perkahwinannya kepada umum biarpun ada dakwaan mengatakan hubungannya dengan suami, Adam Azriff kembali dilanda badai.

Enggan memberi komen lanjut berhubung isu berkenaan, Kaka atau nama sebenarnya Nor Atiqa Noor Azraff, 36, berkata, dia tidak berani untuk memberi sebarang kenyataan memandangkan tiada kepastian mengenai status hubungan mereka.

“Sebenarnya saya bukan nak mengelak atau lari, saya pun menghormati rakan media dan netizen yang ingin tahu tentang hal rumah tangga saya.

“Cuma sekarang ini untuk saya beri kenyataan, benda pun tidak ada yang nyata lagi jadi saya tak mahu bercakap lebih lanjut.

“Apa yang saya boleh katakan sekarang, saya mohon doa daripada semua. Doakan yang terbaik untuk saya, anak-anak dan Adam,” katanya ketika ditemui di majlis pelancaran Galeri Rockqueen, di sini, semalam.

Pun begitu, penyanyi lagu Bukan Hal Aku itu tidak menolak untuk berkongsi kepada umum sekiranya sudah mempunyai pengesahan tentang status rumah tangganya itu.

“Hal ini melibatkan ramai orang. Sebelum ini ada orang kata sampai bila saya nak lari. Saya tidak melarikan diri, cuma sedang menjaga banyak hati.

“Saya rasa kalau saya buka cerita ini (kisah keluarga) boleh mendatangkan fitnah. Jadi saya harap menghormati keputusan saya untuk tidak lagi berkongsi apa-apa.

“Alhamdulillah saya bahagia disamping anak-anak dan keluarga. Sekiranya ada pengesahan tentang status saya selepas ini, mungkin saya akan kongsikan untuk mengelakkan fitnah,” ujarnya.

Kongsi anak saudara kepada Ella Aminuddin itu lagi, dia akan meluahkan segala perasaannya menerusi lagu-lagu baharu yang akan dimuatkan dalam album sulungnya tidak lama lagi.

“Selepas ini anda mungkin boleh selami hati saya menerusi lagu-lagu dalam album baharu nanti. Buat masa ini saya sudah merakamkan enam buah lagu dan kesemuanya adalah luahan hati dan apa yang saya lalui. Kebanyakan lagu ditulis oleh saya sendiri dan ceritanya adalah sangat dekat dengan diri saya,” kongsinya.

Untuk rekod, Kaka dan Adam mendirikan rumah tangga pada 14 Disember 2018. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Aslan, 6, Aryan, 4 dan Atta Adam yang kini berusia setahun.

Kaka dan suami sah bercerai talak satu dan pengesahan tersebut dibuat secara ekspres di Mahkamah Syariah, Shah Alam pada 28 Oktober tahun lalu. Namun Januari lalu, Kaka dan Adam dikatakan sudah kembali rujuk sebagai suami isteri. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI