fbpx
JACKSON (kiri) dikatakan berada dalam radar United bagi menguatkan jentera serangan musim depan. - AFP

Jackson sanggup tunggu tawaran United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MANCHESTER – Harapan Manchester United untuk mendapatkan Nicolas Jackson kembali menyala selepas penyerang Chelsea itu menolak dua gergasi Eropah sekali gus membuka laluan perpindahan ke Old Trafford.

Jackson, 23, dikatakan lebih cenderung kekal di Liga Perdana Inggeris (EPL) berbanding menerima tawaran dari Napoli dan AC Milan meskipun Chelsea meletakkan tanda harga £80 juta (RM457.39 juta) buat penyerang Senegal itu.

Kedudukan Jackson di Stamford Bridge juga semakin goyah sejak kehadiran Liam Delap yang menolak tawaran United dan menyertai Chelsea.

Selain itu, Joao Pedro turut menyerlah dengan meledak tiga gol untuk memastikan Chelsea muncul juara Piala Dunia Kelab 2025 berbanding Jackson yang hanya memanaskan bangku simpanan selain turut dilayangkan kad merah dalam empat penampilan terakhirnya.

Kontrak semasa Jackson bersama Chelsea berbaki tujuh tahun lagi dan kelab London itu mahu mengekalkan dua penyerang No. 9 untuk bersaing merebut tempat, namun perpindahan masih boleh berlaku jika ada kelab sanggup memenuhi harga diminta.

Sumber memaklumkan United telah mengadakan perbincangan awal dengan ejen Jackson, Ali Barat bagi menilai sebarang kemungkinan perpindahan selepas projek jangka panjang di Old Trafford dikatakan menarik minat Jackson..

Musim lalu, Jackson meledak 10 gol EPL dalam 30 penampilan dan menyumbang lima bantuan jaringan termasuk ketika Chelsea menewaskan Real Betis menjuarai Liga Konferens Europa.

“Kalau boleh, saya mahu klon Nico (Jackson) kerana dengannya, kami jadi pasukan berbeza. Saya perlukan No. 9 tulen,” kata pengurus Chelsea, Enzo Maresca seakan tiada masalah untuk melepaskan penyerangnya itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI