fbpx
HAKIM DANISH mahu memberikan tunggangan terbaik pada pusingan keempat di Aragon hujung minggu ini.

Hakim Danish intai podium di Aragon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PELUMBA sensasi negara, Hakim Danish Ramli bertekad mempamerkan aksi garang pada perlumbaan pusingan keempat Kejuaraan Dunia JuniorGP di Litar MotorLand Aragon, Sepanyol hujung minggu ini.

Berbaki tiga pusingan lagi musim ini, pelumba berusia 17 tahun itu mahu memanfaatkan segala pengalaman dan kelebihan dimiliki di litar sejauh 5.08 kilometer tersebut yang menjadi antara trek kegemarannya sejak saingan di Red Bull Rookies Cup (RBRC).

Ketika ini, anak jati Terengganu itu menduduki tangga keenam keseluruhan dengan 38 mata, ketinggalan 45 mata di belakang pendahulu dari Sepanyol, Brian Uriarte.

“Hujung minggu ini, saya berazam untuk bersaing dalam kelompok hadapan terutama dalam Perlumbaan 1 dan 2. Dua minggu lepas saya sempat buat sesi ujian di sini dan hasilnya positif.

“Sekarang saya dah tak sabar nak mulakan perlumbaan dan tekad untuk memburu keputusan terbaik,” katanya yang mewakili pasukan SIC Racing – MSI.

Menurut pengurus pasukan, Zulfahmi Khairuddin, rekod cemerlang Hakim di Aragon bukan sekadar kebetulan dan percaya anak didiknya mampu memberi tentangan di kelompok hadapan.

“Tahun lepas Danish pernah menang di sini, malah ketika saingan RBRC baru-baru ini pun dia naik podium tempat kedua dan pertama.

“Trek ini memang memberi kelebihan, tapi saingan di JuniorGP jauh lebih teknikal sebab lebih banyak pelarasan boleh dibuat pada jentera. Namun, kami tetap sasarkan podium minggu ini.

“Danish tak akan mengalah dan kami yakin dia boleh kejar podium memperbaiki kedudukan keseluruhan,” kata Zulfahmi yang juga bekas pelumba Moto3 negara.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI