fbpx
SKRIN komputer AI memaparkan imej wanita di ibu pejabat syarikat perisian Synthesia di London pada 2 Julai lalu. - AFP

Dunia berdepan krisis penipuan AI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANDAR RAYA NEW YORK – Ketua Pegawai Eksekutif OpenAI, Sam Altman memberi amaran bahawa dunia berdepan krisis penipuan berleluasa yang disebabkan oleh teknologi kepintaran buatan (AI), lapor saluran berita CNN kelmarin.

Beliau berkata, keadaan itu berlaku kerana teknologi AI boleh menyebabkan individu menyamar menjadi orang lain.

“Sesuatu yang menakutkan saya adalah masih terdapat beberapa institusi kewangan menerima pengecaman suara sebagai pengesahan untuk anda memindahkan banyak wang atau melakukan sesuatu yang lain,” kata Altman.

Komen itu adalah sebahagian daripada temu bual beliau mengenai kesan ekonomi dan sosial AI di Rizab Persekutuan Amerika Syarikat kelmarin. 

“Saya sangat bimbang bahawa krisis penipuan akan berlaku.

“Buat masa ini, ia melibatkan panggilan suara. Tidak lama lagi, ia akan melibatkan video atau aplikasi FaceTime yang tidak dapat dibezakan dengan realiti,” kata Altman. 

Pada tahun lepas, Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) memberi amaran tentang penipuan pengklonan suara AI dan video. 

Sebahagian ibu bapa turut melaporkan bahawa teknologi suara AI digunakan dalam percubaan untuk menipu bagi mendapatkan wang dengan meyakinkan mereka bahawa anak-anak sedang menghadapi masalah. 

Awal bulan ini, pegawai-pegawai memberi amaran bahawa seseorang menggunakan AI untuk menyamar suara Setiausaha Negara AS, Marco Rubio dengan menghubungi menteri-menteri luar negara lain, gabenor AS dan ahli Kongres. – AGENSI

.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI