fbpx
NKUNKU

Chelsea sanggup diskaun harga Nkunku

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Chelsea semakin terdesak untuk mengecilkan skuad sedia ada sebelum saingan musim baharu bermula apabila sanggup mengurangkan permintaan harga ke atas pemain sayapnya, Christopher Nkunku.

Meskipun menampilkan aksi cukup baik ketika membantu The Blues memenangi Piala Dunia Kelab (CWC) 2025, namun kedudukan pemain berusia 28 tahun itu masih belum terjamin selepas Chelsea membawa masuk beberapa muka baharu.

Chelsea dikatakan sedia menerima tawaran £43.4 juta (RM248.07 juta) untuk pemain Perancis itu, jauh lebih rendah berbanding £65 juta (RM371.54 juta) diletakkan pada jendela perpindahan Januari lalu.

Perkembangan terbaharu itu menyebabkan beberapa kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Bundesliga dan Serie A mula berada dalam keadaan bersedia untuk melakukan bidaan.

Gergasi Bundesliga, Bayern Munich masih menjadi antara pasukan berminat bagi mendapatkan khidmat bekas bintang RB Leipzig itu selepas mengikut rapat perkembangannya sebelum ini.

Walaupun tidak memberikan banyak impak kepada pasukan sejak menyertai Chelsea pada 2023, namun Nkunku masih mampu menjaringkan 18 gol selain melakukan lima umpanan dalam 62 penampilan.

Chelsea juga dikatakan rela menurunkan tanda harga Nkunku kerana sudah mendapat ‘durian runtuh’ mencecah £90 juta (RM514.44 juta) atas kejayaan menjuarai CWC selain £75 juta (RM428.70 juta) hasil penjualan Noni Madueka dan Djordje Petrovic. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI