fbpx
Baju-T edisi terhad berharga RM25.90 ditawarkan dengan pembelian hidangan Burger Sate.

Burger King Malaysia hidupkan dunia Naruto dengan promosi eksklusif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Burger King Malaysia menggabungkan budaya pop Jepun dengan cita rasa tempatan menerusi kerjasama eksklusif bersama francais anime popular, Naruto.

Untuk masa terhad, jenama makanan segera itu melancarkan promosi bertemakan Naruto yang menawarkan pengalaman unik di cawangan-cawangan terpilih di seluruh negara.

Fokus utama kempen tersebut ialah koleksi lapan mainan Naruto edisi terhad dengan setiap pembelian hidangan King Jr. Meal.

Mainan diberikan secara rawak, menjadikan setiap lawatan ke Burger King peluang berharga untuk melengkapkan koleksi.

Hidangan King Jr. Meal menawarkan pilihan menu empat keping nugget, BK Chick’N Crisp, atau burger keju bersama kentang goreng dan Milo, semuanya dihidangkan dalam beg khas kanak-kanak Naruto.

Koleksi lapan mainan yang ditawarkan sempena kempen.

Bukan itu sahaja, pelanggan juga berpeluang menikmati hidangan Burger Sate istimewa yang diperkenalkan sempena kempen, iaitu Sate Tendercrisp, dengan ayam goreng rangup bersama kuah sate; dan Burger Daging Sate XL, yang menampilkan daging lembu panggang berperisa sate.

Bagi setiap pembelian hidangan istimewa ini, pelanggan boleh menebus baju-T Naruto ‘Your Ninja Way’ edisi terhad pada harga istimewa RM25.90.

Untuk pengalaman visual lebih mengujakan, empat cawangan utama Burger King turut menjalani transformasi penuh bertemakan Naruto, melibatkan BK Sunway Pyramid di Subang Jaya; BK Elmina Lakeside Mall di Shah Alam; BK Limbongan di Melaka; dan BK Botani Village di Ipoh.

Cawangan-cawangan lain yang mengambil bahagian juga akan mempamerkan elemen kempen dalam bentuk dekorasi ringan serta penyertaan menu promosi, menjadikan kempen ini sebagai inisiatif menyeluruh yang merangkumi pelbagai peringkat pengalaman pelanggan.

Promosi berlangsung dari 21 Julai hingga 31 Ogos 2025. – KOSMO! ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI