fbpx
Gambar hiasan.

Bunyi bising, haba panas ‘exhaust fan’ bongkar kegiatan lombong bitcoin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SUNGAI BULOH – Bunyi bising dan haba panas ‘exhaust fan’ membongkarkan kegiatan melombong bitcoin secara haram di sebuah kawasan perumahan di Puncak Alam di sini Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Mohd. Hafiz Muhammad Nor berkata, pihaknya menerima laporan daripada pemilik rumah itu pada pukul 10.12 malam, 17 Julai lalu.

Pemiliknya memaklumkan kediaman itu disewakan kepada seorang wanita pada 5 Jun lalu.

“Pada 17 Julai lalu, isteri pengadu menerima kiriman WhatsApp daripada individu yang memperkenalkan diri sebagai ketua keselamatan taman perumahan berkenaan.

“Individu itu memaklumkan ada aduan daripada jiran mengenai bunyi bising berterusan dan haba panas ‘exhaust fan’ dari rumah tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Susulan itu, pada pukul 11 malam, 19 Julai lalu, anggota Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Sungai Buloh dan tiga kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) Selangor membuat pemeriksaan di premis terbabit.

Pemeriksaan mendapati tiada penghuni, namun pihak TNB mengesahkan terdapat penyambungan elektrik secara haram di premis tersebut.

“Pemeriksaan menemukan peralatan yang digunakan untuk melombong bitcoin. Antara barangan yang dirampas adalah lima unit mesin bitcoin, kipas angin (blower), ‘router’ dan pam air.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan Seksyen 37(1) Akta Bekalan Elektrik 1990,” katanya.

Tambahnya, kegiatan perlombongan haram itu bukan sahaja menyalahi undang-undang, malah merisikokan keselamatan penduduk dan kestabilan sistem bekalan elektrik. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI