fbpx
Gambar hiasan.

Bapa saudara ditahan kes kematian bayi diserang anjing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Polis menahan bapa saudara kepada bayi berusia 19 bulan yang maut diserang sekumpulan anjing di Kampung Orang Asli Sungai Buloh, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, lelaki berusia 19 tahun itu ditahan pada pukul 11.50 pagi tadi untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Beliau berkata, hasil bedah siasat mendapati punca kematian bayi itu akibat serangan dan gigitan anjing ganas.

Semalam, Kosmo! melaporkan seorang bayi lelaki ditemui tidak sedarkan diri dan dikelilingi beberapa ekor anjing di rumahnya di Kampung Orang Asli Sungai Buloh.

Bapa mangsa yang berusia 31 tahun turut membuat laporan polis dan memaklumkan kejadian berlaku ketika dia dan isterinya pulang dari tempat kerja pada pukul 8.15 pagi.

Setibanya di rumah, pasangan itu mendapati pintu terbuka dan bayi mereka tiada di dalamnya.

Selepas mencari di kawasan sekitar, mereka menjumpai bayi itu kira-kira 20 meter dari rumah dalam keadaan tidak sedarkan diri dan dikelilingi beberapa ekor anjing.

Bayi tersebut dipercayai tinggal bersama bapa saudaranya ketika kejadian dan suspek hanya menyedari kehilangan tersebut selepas terdengar jeritan ibu bapa mangsa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN