fbpx
Anwar

Anwar enggan layan kenyataan Dr. Mahathir, biarlah dia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim enggan melayan kenyataan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mahukan kerajaan membuat pendakwaan dan membuktikan kesalahan beliau di mahkamah.

Ia susulan Dr. Mahathir menegaskan beliau tidak mahu sebarang bentuk imuniti daripada tindakan undang-undang oleh kerajaan sekiranya benar-benar didapati bersalah dalam isu Pulau Batu Puteh.

“Biarlah dia,” kata Anwar ketika ditanya pemberita berkenaan perkara tersebut pada Perhimpunan Warga Kementerian Kewangan Bersama Perdana Menteri dan Menteri Kewangan di sini hari ini.

Semalam, Dr. Mahathir berkata, beliau bersedia untuk dibawa ke muka pengadilan sekiranya benar-benar didapati bersalah dalam isu Pulau Batu Puteh.

Kata, Anwar secara terbuka telah menjatuhkan hukuman ke atasnya di Dewan Rakyat berhubung isu kegagalan merayu keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berkaitan Pulau Batu Puteh.

Anwar pada sesi Dewan Rakyat pada Selasa berkata, kerajaan tidak bercadang mengambil tindakan undang-undang terhadap Dr. Mahathir susulan keputusan untuk tidak merayu tuntutan Pulau Batu Puteh ketika beliau menjadi Perdana Menteri.

Anwar dipetik sebagai berkata, mengambil kira faktor usia Dr. Mahathir, kerajaan memutuskan untuk tidak meneruskan pendakwaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI