fbpx
Tangkap layar menunjukkan pegawai polis dan polis trafik bertengkar di tengah jalan. - Kompas

Anggota polis, polis trafik bergaduh di tengah jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Satu klip video tular memaparkan pergaduhan antara anggota polis dan polis trafik ketika mereka mengadakan sekatan jalan di Pamekasan, wilayah Jawa Timur, lapor laman berita Kompas. 

Sekatan (roadblock) itu dibuat di Jalan Trunojoyo, Isnin lalu.

Rakaman video kejadian menunjukkan pertelingkahan secara lisan antara dua kumpulan itu di tengah jalan. 

Ketua Perhubungan Awam Polis Pamekasan, AKP Sri Sugiarto berkata, seorang penunggang motosikal dikesan tidak mempunyai cermin sisi. 

“Apabila anggota polis cuba menahannya, penunggang terbabit memandu laju dan tidak berhenti. Anggota polis terbabit cuba menghalang tetapi tangannya terkena topi keledar penunggang itu. 

“Dia dipercayai melaporkan kejadian itu kepada polis trafik dengan menuduh polis cuba melanggarnya.

“Polis segera memanggil penunggang tersebut dan anggota polis trafik untuk berbincang. Perkara itu sudah selesai dan pelaku mengakui kesilapannya,” tambah Sri. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI