fbpx
Tangkap layar menunjukkan mangsa ditampar dan diancam untuk bunuh. - Facebook

5 remaja ditahan, acu pisau dan paksa budak lucut pakaian  

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SINGAPURA – Lima remaja lelaki di Singapura ditahan selepas dirakam menghunuskan pisau ke leher seorang kanak-kanak dan memaksa mangsa melakukan bangun duduk dalam keadaan tanpa seurat benang, lapor portal berita Must Share News semalam. 

Kejadian dipercayai dirakam di sebuah tapak pembinaan, 6 Julai lalu.

Rakaman video kejadian di laman Facebook menunjukkan kanak-kanak terbabit ditolak ke dinding sebelum seorang remaja mengeluarkan pisau dan diletakkan pada leher mangsa.

Dia mengancam untuk membunuh mangsa jika tidak berlaku jujur. 

Meskipun mangsa berkali-kali mengakui berkata jujur, dia kemudian dihina dan ditampar dengan kuat sebelum diberi pilihan untuk dipukul atau dilucutkan pakaian.

Kumpulan remaja itu turut memaksa mangsa melakukan bangun duduk squat dalam keadaan tanpa pakaian. 

Pasukan Polis Singapura (SPF) berkata, lima remaja lelaki berumur antara 12 hingga 15 tahun telah ditahan. 

Dua daripada mereka yang masing-masing berumur 13 dan 15 tahun telah dihadapkan di mahkamah pada 16 Julai lalu. 

“Tiga remaja lagi masih dalam siasatan polis,” kata SPF. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI