fbpx
44 individu dikenal pasti sebagai suspek dalam kebakaran hutan dan tanah gambut di wilayah Riau. - BNBP

44 ditahan, bakar hutan dan tanah 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Pihak berkuasa Indonesia menahan 44 individu disyaki memulakan kebakaran hutan dan tanah gambut di wilayah Riau, Pulau Sumatera, lapor stesen penyiaran Metro TV semalam. 

“Tiada belas kasihan kepada pembakar hutan. Jika anda membakar hutan, anda membakar masa depan bangsa. Kami akan datang dan menangkap anda,” kata Ketua Polis Riau, Inspektor Jeneral Herry Heryawan. 

Sebanyak 35 kejadian kebakaran direkodkan dalam bulan ini, manakala 29 orang dikenal pasti sebagai suspek bagi kawasan sekitar 213 hektar di Riau. 

Lokasi paling teruk terjejas dilaporkan di Kampung Sungai Salak dekat Rokan Hulu di mana kebakaran melibatkan kawasan sekitar 30 hektar. 

Tiga individu ditahan termasuk pemilik hartanah yang didakwa mengarahkan orang bawahannya untuk membakar tanah bagi tujuan pembersihan. 

Antara barang yang dirampas termasuk pemetik api, cangkul, dokumen tanah dan peralatan pertanian.

Kebanyakan pelaku mengaku bertindak sedemikian untuk membersihkan tanah bagi membina ladang kelapa sawit. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI