fbpx
Mohd Shuhaily ketika mengadakan lawatan di KLIA Terminal 1, baru-baru ini. - Foto oleh FAISOL MUSTAFA

198 warga asing diusir keluar, tiada hala tuju masuk Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEPANG – Cubaan seramai 198 warga asing masuk Malaysia tanpa tujuan yang sah diarahkan pulang serta-merta oleh pasukan Agensi Kawalan Pekerja Sempadan (AKPS) dalam operasi bersepadu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini hari ini.

Ketua Pengarah AKPS, Datuk Seri Shuhaily Mohd Zain berkata, saringan ketat yang dijalankan sejak awal pagi oleh Komander KLIA Terminal 1 dan 2 berjaya mengekang kemasukan beramai-ramai individu mencurigakan yang tidak memiliki wang mencukupi, tiada tempahan penginapan serta gagal menunjukkan hala tuju sepanjang berada di negara ini.

“Antara yang ditahan ialah 123 warga Bangladesh, dua warga Pakistan, seorang Syria dan dua warga Indonesia di Terminal 1.

“Sementara di Terminal 2, kita tahan 70 lagi, melibatkan warga India, Pakistan, Vietnam dan Indonesia. Kesemua mereka akan dihantar pulang oleh syarikat penerbangan masing-masing mengikut dasar ‘Not To Land’,” katanya pada sidang akhbar khas di KLIA, malam ini.

Tambahnya, taktik sindiket kini semakin licik apabila warga asing yang cuba masuk dibekalkan dengan gambar pegawai penguat kuasa Malaysia, dipercayai bagi membolehkan mereka mengelak kawalan AKPS yang semakin tegas.

“Kami dapati ada antara yang ditahan menyimpan gambar pegawai kami di telefon bimbit. Ini menunjukkan sindiket di luar negara telah memberi latihan dan maklumat dalaman tentang siapa yang patut dielak sebaik tiba di Malaysia,” tegas beliau.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI