fbpx
Tangkap layar memaparkan seorang penunggang motosikal melanggar pembahagi jalan.

[VIDEO] ‘Dia ingat semua jalan rata sahaja’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang penunggang motosikal mengalami kemalangan selepas melanggar pembahagi jalan akibat tidak menyedari kewujudan tembok itu.

Menerusi perkongsian pengguna Threads, Asyrafjr, insiden itu dipercayai berlaku ketika lelaki berkenaan cuba memasuki laluan susur kiri, namun tidak sedar ada pembahagi jalan konkrit di hadapannya.

Kebanyakan orang ramai di ruangan komen mempersoalkan ketiadaan cat hitam putih pada struktur pembahagi jalan tersebut yang didakwa menyukarkan pengguna melihatnya.

“Dulu kan semua pembahagi jalan ada cat hitam putih. Sekarang kebanyakannya sudah tiada. Jadi tidak dapat nak pastikan sama ada jika ia sama rata dengan jalan raya atau tidak,” komen Scootster.

“Ya Allah kesiannya tetapi kenapa pihak berkuasa tak cat hitam putih pada pembahagi jalan ini?” kata Husin Salleh.

“Sepatutnya tembok pembahagi jalan itu kena cat hitam putih kan,” balas Sep Sep.

Dalam pada itu, segelintir netizen turut menegur kecuaian penunggang terbabit yang dilihat menukar lorong secara mengejut dan tidak memakai topi keledar ketika kejadian.

“Abang ini dia ingat jalan tu rata sahaja ke? Sudahlah topi keledar tak pakai. Tak pasal-pasal sekarang kena duduk hospital tiga bulan. Apa-apapun semoga abang ini cepat sihat,” ujar Ka Cheng Saw.

“Satu, salah dia sendiri sebab main lalu macam itu sahaja dan salah JKR sebab tiada tanda yang sesuai pada pembahagi jalan,” balas Mohamad Hanafi. -KOSMO! ONLINE

 

View on Threads

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI