fbpx
PRESIDEN PKBM, Datuk Amarjit Singh Gill yakin satu titik keputusan akan dicapai.

TSG, MPC diberi tempoh seminggu kemuka bajet

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Kemelut mengenai bajet tambahan dua pasukan lebuh raya profesional bagi menghadapi Sukan SEA Thailand masih belum menemui titik noktah dan bergantung kepada keputusan Majlis Sukan Negara (MSN).

Hasil perbincangan mesyuarat bersama Terengganu Cycling Team (TSG) dan Malaysia Pro Cycling (MPC) hari ini, PKBM memberi tempoh seminggu kepada dua pasukan itu untuk mengemukakan bajet terperinci sebelum membentangkan kepada MSN.

Presiden PKBM, Datuk Amarjit Singh Gill berkata, permintaan daripada TSG dan MPC dianggap munasabah namun tuntutan itu perlu disertakan kertas kerja lengkap sebelum dipertimbangkan oleh MSN.

“Sebahagian permintaan mereka adalah wajar, sebab itu kami rujuk kepada MSN. Mereka bersedia mempertimbangkan, tetapi dengan syarat bajet yang dikemukakan jelas.

“Kita sudah minta mereka (TSG dan MPC) perincikan apa keperluan sebenar termasuk kos logistik, penyertaan dan juga kos tambahan atau ‘top-up’ yang diperlukan untuk ke Sukan SEA.

“Selepas kita terima bajet terperinci itu, barulah kita boleh bawa satu kertas kerja ke MSN untuk dipertimbangkan.

“MSN sendiri pun sentiasa mengamalkan dasar pintu terbuka, jadi ruang perbincangan sentiasa ada,” katanya ketika ditemui pada sidang media di Bukit Jalil, hari ini.

Antara keperluan yang dinyatakan termasuklah kos latihan pusat, penyelenggaraan serta penggantian komponen basikal yang telah lusuh selepas digunakan sepanjang musim.

Setiausaha PKBM, Ahmad Arif Astaman menjelaskan, dana tambahan tersebut amat diperlukan itu penting memandangkan pelumba perlu menjalani latihan intensif menjelang temasya dwitahunan berkenaan.

“Peralatan yang digunakan sepanjang musim kemungkinan sudah tidak boleh digunakan, maka menjelang Sukan SEA, mereka perlukan latihan rapi dan gantian peralatan,” ujarnya.

Terdahulu, TSG dan MPC sebelum ini menegaskan bahawa sekiranya bajet tambahan yang diminta iaitu sebanyak RM250,000 tidak dapat dipenuhi maka mereka tidak akan melepaskan pelumba untuk mewakili negara ke temasya Sukan SEA.

Namun, MSN sebelum ini menegaskan bahawa tiada bajet tambahan akan diberikan kepada PKBM dan MSN didakwa hanya membenarkan penggunaan peruntukan yang telah disalurkan sebelum ini.

Setakat ini, seramai sembilan pelumba disenaraikan bagi mewakili negara dalam acara lebuh raya, membabitkan empat pelumba dari TSG, empat daripada MPC dan seorang pelumba kebangsaan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI