fbpx
SEBUAH pikap terbabas sebelum terputus dua. - Foto Khaosod

Trak pikap bawa muatan durian terputus dua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANGKOK – Sebuah trak pikap yang membawa 4,000 kilogram durian terbalik selepas tayar belakangnya pecah, menyebabkan kenderaan itu terputus kepada dua bahagian, lapor laman berita Thaiger hari ini.

Kejadian berlaku semalam di Jalan Mittraphap, daerah Mueang dalam wilayah Nakhon Ratchasima.

Polis menerima laporan mengenai kemalangan itu yang menyebabkan pemandu terperangkap di dalam kenderaan sebelum dia dihantar ke sebuah hospital. 

Perkhidmatan kecemasan termasuk unit penyelamat bergegas ke tempat kejadian.

Pemandu pikap yang dikenali sebagai Anuchit, 44, dikatakan gagal mengawal kenderaan itu selepas tayar belakangnya pecah.

Ia kemudian terbalik beberapa kali. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI