fbpx
AARON (kanan) dan Wooi Yik melepasi halangan pertama bagi meneruskan kemaraan ke pusingan kedua pada kejohanan Terbuka China. - AFP

Terbuka China: Aaron-Wooi Yik mandi peluh atasi Denmark

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Beregu lelaki No.1 negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik berdepan detik cemas apabila dipaksa bekerja keras sebelum meneruskan kemaraan ke pusingan kedua pada Kejohanan Badminton Terbuka China.

Pada aksi pusingan pertama di Gimnasium Pusat Sukan Olimpik, Changzhou sebentar tadi, bekas juara dunia itu terpaksa bermandi peluh sebelum menewaskan pasangan Denmark, Rasmus Kjaer-Frederik Sogaard 21-19, 21-15.

Turun sebagai pilihan kedua kejohanan, Aaron-Wooi Yik memulakan permainan dengan aksi cukup kemas dan berjaya menjarakkan kedudukan dengan kelebihan empat mata apabila mendahului 12-8 sebelum pemain lawan mengejar 19-19.

Bagaimanapun, pemenang dua pingat gangsa Sukan Olimpik itu berjaya mengawal tekanan dengan baik selain mengekalkan sepenuh fokus sebelum menamatkan aksi set pertama menerusi kemenangan 21-19.

Bersambung set kedua, Kjaer-Sogaard cuba memperkemaskan permainan untuk sekurang-kurangnya mengheret perlawanan ke set penentuan, namun masih belum mampu menghalang kemenangan Aaron-Wooi Yik.

Menjelang pusingan kedua esok, pemenang Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2025 itu akan menantikan pemenang perlawanan antara beregu Perancis, Christo Popov-Toma Junior Popov dan Kevin Lee-Ty Alexander Lindeman dari Kanada.

Aaron-Wooi Yik pastinya mahu menebus kekecewaan dialami minggu lalu apabila tersingkir seawal pusingan pertama pada kejohanan Terbuka Jepun selepas tewas 15-21, 15-21 kepada rakan senegara, Teo Ee Yi-Ong Yew Sin. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI