fbpx
AARON dan Wooi Yik akan membuka kempen Terbuka China menentang Kjaer-Sogaard di pusingan pertama hari ini.

Semangat baharu hadapi Terbuka China

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BEREGU lelaki No. 1 negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik tekad untuk melakukan kebangkitan apabila turun menggalas cabaran negara pada pusingan pertama Terbuka China hari ini.

Bekas juara dunia itu berdepan kejutan pada Terbuka Jepun di Tokyo minggu lalu apabila tersingkir seawal pusingan pertama selepas tewas kepada rakan senegara, Teo Ee Yi-Ong Yew Sin.

Aaron berkata, dia dan Wooi Yik kini sudah melupakan kekecewaan tersebut dan mahu memberikan sepenuh fokus menjelang perlawanan pertama menentang beregu Denmark, Rasmus Kjaer-Frederick Sogaard.

“Saya hanya teruskan membuat persiapan seperti biasa dan tiada apa-apa yang istimewa. Apa yang paling penting adalah kami perlu bersedia untuk setiap perlawanan nanti,” kata pemain kelahiran Melaka itu.

Pencapaian terbaik Aaron-Wooi Yik pada kejohanan Jelajah Dunia Super 1000 itu adalah pada edisi 2023 di mana mereka muncul naib juara selepas tewas kepada wakil tuan rumah, Liang Wei Keng-Wang Chang.

Pada edisi tahun lalu, beregu No. 2 dunia itu tidak dapat menyertai kejohanan tersebut ekoran kecederaan yang dialami Wooi Yik.

Kali ini, pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024 itu turun dengan status sebagai beregu lelaki No. 1 negara selepas pasangan profesional, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani ‘turun takhta’ dari kedudukan No. 1 ke ranking ketiga dunia.

Sze Fei-Izzuddin yang merupakan juara bertahan Terbuka China akan memulakan kempen kejohanan tersebut menentang beregu Korea Selatan, Kang Min Hyuk-Ki Dong Ju di pusingan pertama.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI