fbpx
Gambar hiasan.

Rangka manusia dalam kebun kelapa sawit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SABAK BERNAM – Satu rangka manusia ditemukan di kawasan kebun kelapa sawit di Jalan Saring Tebuk, Sungai Air Tawar di sini, hari ini.

Rangka yang belum dikenal pasti identiti itu dijumpai seorang lelaki tempatan, kira-kira pukul 10.30 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Md. Yusof Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan pukul 11.12 pagi dengan siasatan awal mendapati lokasi itu merupakan sebuah kebun kelapa sawit.

Katanya, jaraknya dengan jalan utama kira-kira satu kilometer selain terletak 200 meter dari pesisir pantai Siput, Kampung Bumi Hijau, Sungai Air Tawar.

“Unit Anjing Pengesan (K9) dan Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor turut dipanggil ke lokasi itu bagi membantu siasatan.Rangka dibawa ke forensik Hospital Sungai Buloh untuk tindakan selanjutnya,” katanya hari ini.

Tambahnya, setakat ini kes diklasifikasikan mati mengejut (SDR) dan orang awam yang mempunyai maklumat atau kehilangan ahli keluarga diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Nor Aimi Lyana Mohd. Khairani di talian 018-2510452 atau balai polis berdekatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI