fbpx

Poligami usia muda, ramai minta nasihat Ahmad Aslam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

 

KUALA LUMPUR – Mampu beristeri dua pada usia muda, pempengaruh Ahmad Aslam Aslam mengakui ramai meminta nasihat berkaitan poligami daripadanya menerusi laman sosial dan mesej langsung (DM).

Begitupun, Ahmad Aslam atau nama sebenarnya, Ahmad Aslam Kasyfun Nazir Rashid, 25, menganggap perkara tersebut hanya gurauan nakal sesetengah individu yang suka mengusik ketika dia membuat siaran langsung di TikTok.

“Bila saya buat ‘live’ promosi produk, banyak juga komen minta nasihat (poligami) tapi saya anggap itu sebagai gurauan masyarakat.

“Mungkin mereka cakap sebegitu sebab sengaja nak mencuit jadi saya tak anggap pertanyaan fasal hal peribadi seperti itu sesuatu yang serius.

“Saya biasanya tak balas DM dan diam sahaja kalau nampak komen sebegitu sebab banyak perkara lain yang saya perlu ambil kira,” katanya ketika ditemui pada majlis New Chapter anjuran Wawa Cosmetics, baru-baru ini.

Ditemani isteri pertama, Umisya Mazlan yang turut dipilih sebagai wajah kempen produk krim pelindung matahari, Aslam juga suami kepada anak Abby Abadi, Marissa Dania Hakim mengakui tidak mudah berpoligami pada usia muda.

Namun dia berkata, lebih selesa tidak berkongsi lanjut berkenaan kesukaran dilalui sebagai ketua keluarga buat dua isteri demi menjaga hati banyak pihak.

“Sebenarnya saya tak boleh nak ulas lebih lanjut atau perincikan lagi berkenaan hal poligami sebab perkara ini membabitkan sensitiviti keluarga.

“Apa pun tidak mudah, susah dalam enam bulan pertama sebab kita nak biasakan diri bahkan sampai sekarang pun saya cuba buat yang terbaik. Mana tak boleh, saya tetap usaha dan masih banyak yang perlu saya perbetulkan.

“Apa yang berlaku, saya akui, ujian untuk diri saya dan keluarga. Saya bersyukur dan berterima baik untuk semuanya, alhamdulillah,” ujarnya.

Dalam masa sama, Aslam juga mendedahkan kurang selesa apabila hidupnya menjadi perhatian ramai tapi bersyukur Allah membuka jalan untuknya mencuba perkara seperti dilantik sebagai wajah kempen.

“Sejujurnya, saya agak kurang selesa sebab kami bukan dari bidang sebegini, maksudnya diketengahkan sana sini, ramai orang tengok, bahasa mudahnya dilihat sebagai ‘public figure’.

“Tapi ini semua rezeki dari Allah SWT, yang mana kita berkesempatan mencuba benda baru, malah masyarakat pun menerima kami dan mereka menyapa kami dengan baik,” katanya.

Terdahulu, Aslam berkahwin dengan isteri keduanya, Marissa Dania di Songkla, Thailand pada Disember 2023 ketika Umisya yang mempunyai tiga anak mengerjakan umrah bersama keluarganya.

Biarpun awalnya kehidupan mereka bergelora, namun kini dia dilihat mampu mengendalikan rumah tangga bersama kedua-dua isteri. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI