PETALING JAYA – Kerajaan mempertingkatkan sekali ganda lagi bagi peruntukan Jualan Rahmah Madani 2025 menjadi RM600 juta, berbanding yang telah disediakan sebanyak RM300 juta.
Perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sewaktu pengumuman Penghargaan Untuk Rakyat Malaysia sebentar tadi.
“Bagi memperbanyak capaian program, peruntukan tahun ini ditingkatkan sekali ganda lagi menjadi RM600.
“Peruntukan tambahan ini antaranya akan menambah kekerapan dan memperluas jumlah lokasi di seluruh negara meliputi kesemua 600 dewan undangan negeri, selain memperbanyak jenis barangan untuk memberi pilihan yang lebih meluas kepada rakyat,” katanya hari ini. – KOSMO! ONLINE