fbpx
Muhammad ketika dibawa ke Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini. FOTO AFIQ RAZALI/ KOSMO!

Lelaki Pakistan dituduh liwat, cabul remaja dan kanak-kanak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Seorang pemuda warga Pakistan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas lima tuduhan termasuk meliwat remaja lelaki.

Tertuduh, Muhammad Hassan, 24, membuat pengakuan itu selepas kesemua pertuduhan tersebut dibacakan dalam bahasa Urdu di hadapan Hakim Norazlin Othman.

Berdasarkan pertuduhan pertama dan kedua, lelaki asing itu didakwa meliwat dua remaja berusia 15 dan 19 tahun. Oleh itu, dia dituduh mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan.

Tertuduh juga didakwa mencabul kanak-kanak dan remaja lelaki berusia lapan dan 13 tahun dengan pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Muhammad juga didakwa merompak wang RM230 milik seorang remaja yang diliwatnya.

Kesemua kesalahan itu dilakukan di sebuah dewan, dalam hutan dan kawasan semak di Seksyen 27 serta taman permainan di Seksyen 28 antara 18 April hingga 26 Jun lalu. Sebutan semula kes ditetapkan pada 23 September ini.

Kosmo! sebelum ini melaporkan seorang lelaki Pakistan diberkas di Kuala Nerang, Kedah pada 8 Julai lalu selepas cuba melarikan diri ke negara jiran.

Lelaki asing itu yang memasuki negara ini enam bulan lalu menggunakan modus operandi antaranya mengekori dan meminta mangsa mengambil barang di suatu lokasi sebelum memeluk mangsa dari belakang dan dicekik sekiranya melawan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN