fbpx
PASANGAN kekasih yang disyaki pengedar dadah dan nekad melarikan diri sejauh 13 kilometer sebelum diberkas polis petang semalam, direman enam hari oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh hari ini bagi membantu siasatan. Foto AMRAN ALI / KOSMO!

Pasangan kekasih langgar polis, pecut 13km direman enam hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MELAKA – Pasangan kekasih yang cuba melarikan diri sejauh 13 kilometer (km) sehingga melanggar seorang anggota polis berpangkat lans koperal di Taman Bukit Rambai, di sini semalam direman enam hari, bermula hari ini.

Perintah reman sehingga 28 Julai itu dibenarkan Majistret Uthman Abd. Ghani ke atas suspek lelaki berusia 26 tahun dan kekasihnya, 28 tahun bagi membolehkan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan.

Dalam kejadian pada pukul 6 petang itu, pasangan tersebt berjaya diberkas selepas kereta Perodua Myvi yang dinaiki dikepung empat buah kereta peronda (MPV) dan pasukan petugas khas Tengkera.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, mereka memecut kereta dari Pangsapuri Taman Anika sehingga ke Taman Bukit Rambai sebelum melanggar anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) hingga cedera. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN