PETALING JAYA – Seorang wanita warga asing tular di media sosial apabila dia berjaya menghasilkan spageti daripada jerami yang dipercayai diperbuat daripada ‘rice straw’.
Menerusi satu hantaran di aplikasi Threads milik @Uglyunicorny, wanita itu memaklumkan bahawa dia mengambil masa selama lima bulan untuk mengumpulkan jerami daripada setiap pembelian air minuman jenama terkenal di Malaysia.
“Saya berjaya menghasilkan dua hidangan spageti daripada jerami ini. Ia merupakan satu matlamat yang ingin saya capai selepas lima bulan mengumpul.
“Ia selamat untuk dimakan kerana jerami tersebut diperbuat daripada ‘rice straw’ dan langsung tiada rasa janggal,” katanya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata ramai orang kagum dengan kreativiti wanita berkenaan, malah ada yang menyatakan hasrat untuk mencuba masakan menggunakan ‘rice straw’.
“Ini merupakan satu idea yang bijak dan awak mempunyai kreativiti yang tinggi dalam menghasilkan masakan yang tidak pernah dicuba ramai,” komen @Formerboyband.
“Saya mengagumi cara awak memggunakan benda yang percuma dengan menghasilkan masakan semula,” komen @Maryjanemagdalene.
“Secara jujurnya, itulah yang saya fikirkan juga, terima kasih kerana menjadikannya kenyataan,” komen @Aiumocha. – KOSMO! ONLINE