fbpx
Tangkap layar menunjukkan balutan pada bonet kereta SUV dipenuhi dengan ikan. - Douyin

Lelaki dikecam pasang akuarium atas bonet kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BEIJING – Seorang lelaki di China menerima kecaman ramai kerana meletakkan beberapa ekor ikan dan ketam hidup di dalam balutan vinil (plastik lutsinar) pada bonet keretanya, lapor laman berita Oddity Central. 

Rakaman video di platform Douyin menunjukkan pemilik kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Li Auto L9 itu menukar bonet keretanya menjadi akuarium mudah alih. 

Idea itu tercetus selepas dia terlupa membawa bekas untuk meletakkan hasil tangkapan semasa memancing. 

Rakaman video itu menjadi tular sehingga menarik perhatian polis trafik Liaoning. Ia menegaskan bahawa kereta tersebut tidak sesuai dipandu di jalan awam kerana pengubahsuaian yang melampau. 

Sebilangan pengguna media sosial turut mengecam tindakan lelaki tersebut kerana ia disifatkan melakukan kekejaman terhadap haiwan. 

Masih belum jelas sama ada pemandu terbabit didenda, namun dia diberi amaran bahawa menjadikan balutan kereta sebagai akuarium adalah salah di sini undang-undang. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI