fbpx
HOE YEAN terus cemerlang membantu kuartet negara memecahkan rekod kebangsaan acara 4x200m gaya bebas.

Kuartet renang pecah rekod kebangsaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kuartet renang lelaki negara menepati ramalan awal apabila berjaya memecahkan rekod kebangsaan dalam final 4×200 meter (m) gaya bebas Sukan Universiti Dunia (WUG) 2025 di Rhine-Ruhr, Jerman awal pagi tadi.

Kombinasi empat perenang muda, Khiew Hoe Yean, Arvin Shaun Singh Chahal, Lim Yin Chuen dan Tan Khai Xin menamatkan perlumbaan di tempat keenam dengan masa tujuh minit 19.66 saat (s).

Meskipun tidak meraih pingat, namun catatan itu berjaya memadam rekod lama kebangsaan, 7:19.75s dilakukan di Sukan SEA Hanoi 2022.

Ia cukup bermakna apabila tiga daripada empat perenang, Hoe Yean, Arvin dan Yin Chuen turut terlibat ketika merekodkan catatan terdahulu sekali gus memperlihatkan kesinambungan prestasi konsisten skuad elit renang negara.

Aksi kemas kuartet Malaysia hadir dalam saingan penuh sengit yang didominasi Amerika Syarikat dengan masa 7:04.51s, diikuti Atlet Neutral Individu (7:08.33s) dan Jepun (7:09.47s) yang masing-masing membawa pulang perak serta gangsa.

Lebih manis, ini adalah pencapaian terbaik kontinjen renang Malaysia di WUG 2025 selepas Hoe Yean menghadiahkan satu-satunya pingat negara setakat ini menerusi 400m gaya bebas.

Pengarah Teknikal Persekutuan Renang Malaysia (MAS), Megan Oesting menyuarakan keyakinan terhadap potensi kuartet lelaki negara, khususnya dari segi menepati sasaran teknikal pada Sukan SEA nanti.

“Kami mahu bersedia sepenuhnya untuk semua acara relay di Sukan SEA. Sasaran minimum adalah gangsa untuk setiap relay dan dari segi realistik, ini lebih munasabah bagi pasukan lelaki,” katanya.

Prestasi itu turut menjadi petunjuk positif terhadap kesediaan pasukan dalam aspek teknikal, selari dengan pelan pembangunan dan sasaran realistik kem renang menjelang Sukan SEA.

Terdahulu, kuartet negara mencatat masa 7:19.81s di pusingan awal iaitu keenam terpantas daripada sembilan pasukan sekali gus melayakkan diri ke pentas akhir acara 4x200m gaya bebas lelaki. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI