fbpx
JUN HAO

Jun Hao dapat semangat lawan Kunlavut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Perseorangan lelaki kebangsaan, Leong Jun Hao mengakui semakin selesa dengan corak permainan serta taktikal diterapkan pengarah kejurulatihan perseorangan negara, Kenneth Jonassen.

Selepas berada di bawah bimbingan Jonassen sejak Januari lalu, bekas juara remaja Asia itu kini memiliki lebih banyak variasi permainan yang boleh dipraktikkan ketika berdepan pemain berbeza.

Bagaimanapun, Jun Hao menjelaskan, dia masih memerlukan sedikit masa bagi menyesuaikan diri sepenuhnya dengan sistem permainan diterapkan bekas ketua jurulatih skuad kebangsaan Denmark itu.

“Memang benar kami dapat bekerjasama dengan baik tetapi dalam beberapa aspek lain, masih memerlukan sedikit masa. Ianya dari segi tambahan teknik (permainan) kerana kadang-kadang saya perlukan corak permainan berbeza.

“Memang perlukan masa bagi memastikan kerjasama antara kami boleh menghasilkan satu strategi yang ampuh, jadi kami perlu terus bekerja keras,” katanya kepada Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

Kelmarin, Jun Hao memastikan kemaraan ke pusingan kedua pada Kejohanan Badminton Terbuka China selepas menyingkirkan pemain No. 13 dunia dari Jepun, Kenta Nishimoto menerusi aksi straight set 21-15, 21-18 semalam.

Ia sedikit sebanyak memberikan suntikan motivasi buat pemain berusia 26 tahun itu kerana dijangka berdepan aksi lebih sukar di pusingan kedua esok menentang pemain No. 1 dunia dari Thailand, Kunlavut Vitidsarn.

“Kemenangan ke atas Kenta (Nishimoto) membuatkan saya lebih yakin kerana menentang Kunlavut selepas ini. Saya hanya mahu rehat dahulu dan mungkin buat sedikit perancangan,” ujarnya.

Atas kertas, Kunlavut dianggap pilihan untuk melangkah ke suku akhir kerana menewaskan Jun Hao dalam dua pertemuan terakhir, namun berdasarkan rekod kemenangan, kedua-dua pemain terikat 3-3. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI