fbpx
Tangkap layar beberapa individu dipercayai melarikan seorang lelaki dalam kejadian di Jalan Persiaran Puchong Permai, hari ini.

‘Humban’ lelaki dalam lori, tiga individu diburu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SUBANG JAYA – Polis sedang giat mengesan tiga individu yang dipercayai melarikan seorang lelaki dengan menggunakan sebuah lori di Jalan Persiaran Puchong Permai, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian pergaduhan daripada orang awam sekitar pukul 6.38 petang.

“Pengadu menyatakan mangsa iaitu seorang lelaki tempatan telah dibawa lari oleh tiga lelaki tempatan.

“Polis sedang menjalankan siasatan dan mengesan kesemua suspek serta mangsa yang terlibat dalam kejadian tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Wan Azlan berkata, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta tampil ke Balai Polis Bukit Puchong atau berhubung Pegawai Penyiasat Inspektor G. Dinesh di talian 011-33094457.

Terdahulu, tular satu klip video memaparkan situasi cemas apabila seorang lelaki ditolak masuk beberapa individu ke dalam belakang sebuah lori.

Berdasarkan video berdurasi 15 saat itu, turut kelihatan sebuah motosikal yang rebah di atas jalan raya, namun tidak dapat dipastikan sama ada mempunyai kaitan dengan mangsa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI