fbpx
Gambar hiasan.

Harga RON95 turun RM1.99 seliter – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Rakyat Malaysia akan menikmati harga RON95 lebih rendah iaitu RM1.99 seliter, berbanding ketika ini RM2.05 seliter.

Berita baik itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sewaktu pengumuman Penghargaan Untuk Rakyat Malaysia sebentar tadi.

Anwar berkata, kerajaan kekal dengan perancangan menyasarkan subsidi petrol RON95 dengan perincian bakal diumumkan menjelang akhir September 2025.

“Harga RON95 yang lebih rendah itu tentunya memberi manfaat sekitar 18 juta pemandu kereta dan penunggang motosikal termasuk belia seawal usia 16 tahun dan pekerja gig,” katanya semasa pengumuman tersebut yang disiarkan secara langsung hari ini.

Beliau berkata, dalam masa sama, mereka yang tidak layak seperti warga asing perlu untuk membayar pada harga pasaran tanpa subsidi.

“Pendekatan bersasar ini sejajar dengan ikhtiar kerajaan untuk mengoptimum sumber negara bagi manfaat rakyat dan mengurangkan pembaziran subsidi.

“Bagi tahun 2023 dan 2024, subsidi RON95 sahaja dianggarkan menelan belanja hampir RM20 bilion setahun.

“Sungguh pun tahun ini harga minyak dunia mengalami penyusutan, harga petrol RON95 tanpa subsidi masih sekitar RM2.50 seliter jauh lebih tinggi daripada harga bersubsidi untuk rakyat,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN